:: My Point Of View ::

January 16, 2011

Aku Tak Biasa

Filed under: Out Of The Ordinaries — lv @ 11:18 pm
Tags: , ,

buat pertama kalinya saya (ok nak guna aku atau saya? saya saja lah) memblog dalam bahasa melayu. kerana saya orang malaysia dan bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara. dan kerana saya merasa sangat teruja akan sesuatu sehingga saya tidak sanggup hendak mengongsikannya dengan dunia. malu nanti dikatakan syok sendiri atau perasan atau lebih menyedihkan disimpatikan (mana2 suka hati saya suka letak imbuhan lah). sebelum itu saya akan cuba menulis dengan sebaku-baku yang boleh kerana itu yang telah diajar oleh guru bahasa melayu saya dahulu. saya bersimpati dengan pembaca-pembaca yang tidak faham akan masukan saya kali ini tetapi itu lah tujuannya.

baiklah. sebenarnya saya telah mengalami satu kejutan yang boleh dikira agak besar bagi diri saya sejak dari semalam lagi. nak tau?! semalam, masukan blog saya yang bertajuk melbourne dalam hitam putih telah dijadikan salah satu blog yang dipaparkan dalam freshly pressed bagi wordpress.com dalam kategori blog fotografi. sejurus dengan itu statistik pembaca atau pengunjung blog saya yang tak seberapa ini tiba-tiba melonjak naik ke langit!! daripada pembaca yang tak pernah mencecah seratus orang jadi ribuan. ohkambingku!! (terjemahan langsung dpd ohmygoat!) aku tak biasa….. telefon bimbit pintar blackberry saya tidak henti-henti memberi notifikasi kemasukan komen-komen atau subkripsi pembaca dari serata dunia. sungguh hebat kuasa promosi kan? komen-komen yang diberi sungguh baik sekali. sungguh memberi semangat sehingga saya merasa seperti tidak layak pula. aduhai…. gambar-gambar saya itu tidaklah seberapa pun. dan untuk pengetahuan anda post tersebut adalah satu masukan yang malas dan merupakan jalan pintas untuk kisah melbourne saya yang masih terperam di dalam folder ‘going places‘ saya. tak lama lagi boleh jadi pekasam.

namun demikian, saya merasa sangat teruja dan gembira akan perkembangan ini. saya hargai setiap komen yang telah diberikan. izinkan saya perasan sekejap. saya merasa seperti seorang superstar!! haha!! zaaaaaaaaaaaap!! kembali kepada realiti. ok. mungkin angka statistik saya ini tak seberapa pun jika dibandingkan dgn blogger2 terkenal malah mungkin ada yang berkata baru saja naik statistik sikit sudah riuh sekampung macam ayam betina yang baru dpat telur sedozen (sebab itu lah saya berkeputusan menulis dalam bahasa melayu) tetapi bagi saya adalah sesuatu yang sungguh tidak disangka. aku tak biasa….

saya tidak pasti sekiranya pembaca2 yang tidak faham bahasa melayu ini akan kekal mengunjungi setelah membaca masukan ini tetapi tak mengapa. pujian di dunia memang tidak kekal. yang kekal adalah kasih Tuhan yang sempurna (tiba2). oleh itu, bersyukurlah dalam segala hal. segala sesuatu indah pada waktuNya.

“Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir” – Pengkhotbah 3:11

ini adalah kali yang pertama dan saya harap yang terakhir saya menggunakan bahasa melayu di blog ini. saya merasa bangga kerana dapat menghabiskan blog ini dalam bahasa melayu walaupun ada perkataan-perkataan inggeris yang tidak dapat saya terjemahkan langsung dan mungkin ada kesalahan tatabahasa dan kekurangan kata-kata peribahasa atau kiasan. tetapi itu tidak mengapa kerana ini bukan ujian karangan bahasa melayu spm dan cikgu amelia tidak akan membaca blog ini.

terima kasih kerana melayan.

be blessed, peeps!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.