:: My Point Of View ::

January 16, 2011

Aku Tak Biasa

Filed under: Out Of The Ordinaries — lv @ 11:18 pm
Tags: , ,

buat pertama kalinya saya (ok nak guna aku atau saya? saya saja lah) memblog dalam bahasa melayu. kerana saya orang malaysia dan bahasa melayu adalah bahasa rasmi negara. dan kerana saya merasa sangat teruja akan sesuatu sehingga saya tidak sanggup hendak mengongsikannya dengan dunia. malu nanti dikatakan syok sendiri atau perasan atau lebih menyedihkan disimpatikan (mana2 suka hati saya suka letak imbuhan lah). sebelum itu saya akan cuba menulis dengan sebaku-baku yang boleh kerana itu yang telah diajar oleh guru bahasa melayu saya dahulu. saya bersimpati dengan pembaca-pembaca yang tidak faham akan masukan saya kali ini tetapi itu lah tujuannya.

baiklah. sebenarnya saya telah mengalami satu kejutan yang boleh dikira agak besar bagi diri saya sejak dari semalam lagi. nak tau?! semalam, masukan blog saya yang bertajuk melbourne dalam hitam putih telah dijadikan salah satu blog yang dipaparkan dalam freshly pressed bagi wordpress.com dalam kategori blog fotografi. sejurus dengan itu statistik pembaca atau pengunjung blog saya yang tak seberapa ini tiba-tiba melonjak naik ke langit!! daripada pembaca yang tak pernah mencecah seratus orang jadi ribuan. ohkambingku!! (terjemahan langsung dpd ohmygoat!) aku tak biasa….. telefon bimbit pintar blackberry saya tidak henti-henti memberi notifikasi kemasukan komen-komen atau subkripsi pembaca dari serata dunia. sungguh hebat kuasa promosi kan? komen-komen yang diberi sungguh baik sekali. sungguh memberi semangat sehingga saya merasa seperti tidak layak pula. aduhai…. gambar-gambar saya itu tidaklah seberapa pun. dan untuk pengetahuan anda post tersebut adalah satu masukan yang malas dan merupakan jalan pintas untuk kisah melbourne saya yang masih terperam di dalam folder ‘going places‘ saya. tak lama lagi boleh jadi pekasam.

namun demikian, saya merasa sangat teruja dan gembira akan perkembangan ini. saya hargai setiap komen yang telah diberikan. izinkan saya perasan sekejap. saya merasa seperti seorang superstar!! haha!! zaaaaaaaaaaaap!! kembali kepada realiti. ok. mungkin angka statistik saya ini tak seberapa pun jika dibandingkan dgn blogger2 terkenal malah mungkin ada yang berkata baru saja naik statistik sikit sudah riuh sekampung macam ayam betina yang baru dpat telur sedozen (sebab itu lah saya berkeputusan menulis dalam bahasa melayu) tetapi bagi saya adalah sesuatu yang sungguh tidak disangka. aku tak biasa….

saya tidak pasti sekiranya pembaca2 yang tidak faham bahasa melayu ini akan kekal mengunjungi setelah membaca masukan ini tetapi tak mengapa. pujian di dunia memang tidak kekal. yang kekal adalah kasih Tuhan yang sempurna (tiba2). oleh itu, bersyukurlah dalam segala hal. segala sesuatu indah pada waktuNya.

“Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir” – Pengkhotbah 3:11

ini adalah kali yang pertama dan saya harap yang terakhir saya menggunakan bahasa melayu di blog ini. saya merasa bangga kerana dapat menghabiskan blog ini dalam bahasa melayu walaupun ada perkataan-perkataan inggeris yang tidak dapat saya terjemahkan langsung dan mungkin ada kesalahan tatabahasa dan kekurangan kata-kata peribahasa atau kiasan. tetapi itu tidak mengapa kerana ini bukan ujian karangan bahasa melayu spm dan cikgu amelia tidak akan membaca blog ini.

terima kasih kerana melayan.

be blessed, peeps!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

18 Comments »

  1. aku pun tidak biasa membaca blog ko begini…i think i have to read it again …:P..selamat menghadapi minggu ini bintang yang hebat..:P (it sounds so wrong….)Have a great week ahead superstar!!

    Comment by jenkays — January 17, 2011 @ 6:31 am | Reply

    • hahaha!! aku pun tak biasa….. macam tiada idea mau blog saja kan? terima kasih kerana sudi melayan. ya lah, sikit lagi mau pakai seluar jeans koyak sama leather jacket dtg kerja tadi rasa diri rock star!!!! lol!!

      xoxo

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 10:12 am | Reply

  2. di akhir belog tersebut, kamu telah menggunakan perkataan inggeris

    beberapa kesalahan tatabahasa telah dikesan di dalam belog ini

    mengongsi = berkongsi

    Comment by haro — January 17, 2011 @ 10:15 am | Reply

    • perkataan inggeris itu adalah signature saya yang agak sukar untuk diterjemahkan langsung. saya sudah cuba sedaya upaya untuk menterjemahkannya tetapi tidak dapat memberi maksud yang paling hampir.

      terima kasih, cikgu!

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 10:37 am | Reply

  3. tahniah kerana blog leonorval di-freshly pressed oleh wordpress! ini pun kali pertama saya membaca blog ditulis dalam BM… tak biasa!

    Comment by bluelotus — January 17, 2011 @ 12:52 pm | Reply

    • bluelotus,

      terima kasih! saya pun masih membiasakan diri :p

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 4:06 pm | Reply

  4. lepas ni kamu pakai jacket jenis kulit tu ya…apa2 pun.sungguh bagus.

    Comment by jerryL — January 17, 2011 @ 2:42 pm | Reply

    • jerryL,

      hahahaa!!! heran orang tengok ni mau pegi kerja ke atau mau buat concert rock?! :p

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 4:11 pm | Reply

  5. adalah teramat jarang melihat saudari berblog dalam bahasa melayu. Woww…ini sudah hebat.Saya kagum dengan saudari. Saya lebih lagi kagum kepada saudari kerana telah mendapat pujian terhadap blog saudari mengenai Melbourne. Saya juga teramat kagum dan terinspirasi melihat gambar saudari. wahh…smpi sini sahaja bahasa baku saya…sekali lagi, Tahniah kepada saudari…wahh…formalnya…ahahaha

    Comment by rancho — January 17, 2011 @ 3:48 pm | Reply

    • rancho,

      haha!! bukan lagi jarang tetapi tidah pernah!! dan saya amat bangga kerana menghabiskan blog ini dengan bahasa melayu sepenuhnya dan menaip sepenuhnya hanya menggunakan telefon bimbit pintar blackberry saya itu.

      lol!!

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 4:08 pm | Reply

  6. haha…’bizarre’..takda kata-kata lain yang dapat diungkapkan =) happy for you..

    Comment by lcpinq — January 17, 2011 @ 4:20 pm | Reply

    • lcping,

      lol!! itu lah…. thank you!

      Comment by lv — January 17, 2011 @ 5:45 pm | Reply

  7. hello blogger, saya dari indo. saya juga tertarik dengan blog ini kerana foto black and white melbourne yang di promo di freshly pressed. I will be moving to melbourne real soon. I’ve never been there, so i was real excited when I saw your lovely photos before I actually see the real place in person! keep on taking pictures and share to the world ok! Cheers!

    Comment by margaretchristie — January 19, 2011 @ 3:36 pm | Reply

    • hi margaret,

      thanks for dropping by. u will be moving there for good? melbourne is really a nice and peaceful place to be. the city design and the roads are simply fascinating. u will love it there 🙂

      i’ve been to jakarta and bali, your country!! 🙂

      cheers!

      Comment by lv — January 19, 2011 @ 3:57 pm | Reply

  8. good luck:)

    Comment by 7978moments — January 20, 2011 @ 12:59 pm | Reply

    • 7978moment,

      thanks!

      Comment by lv — January 21, 2011 @ 3:02 pm | Reply

  9. hehehe.. sungguh lah saya tidak biasa membaca tulisan dalam blog kamu, dengan bahasa melayu baku..

    apapun, saya teruja kerana kamu benar2 berani mencuba.. hahaha =)

    nice one lah!! i like….

    Comment by Dania Dasuki — January 27, 2011 @ 11:14 am | Reply

    • dania dasuki, (buat2 tak kenal siapa di blkg nama yg indah ini)

      LOL!! thanks for dropping by, honey!! terima kasih atas galakan saudari itu.

      xoxo

      Comment by lv — January 27, 2011 @ 12:15 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: